Kelas atas talian

Salam sejahtera semua.

Ok, seperti entry sebelum ini, saya nak bincang berkenaan online kelas.

Kelas yang berlangsung pada 22hb Ogos 2010 masih dijalankan menggunakan Webinar DimDim. Pada hari berkenaan, rakan-rakan saya telah membentangkan kajian kes mereka. Saya dan rakan-rakan yang tidak terlibat hanya mendengar dan melihat slaid perbentangan menerusi board pada aplikasi ini.

Masih terdapat masalah yang sama dengan kelas online yang lepas-lepas. masalah video tersekat2 dan tiba-tiba menjadi pegun, masalah audio yang tidak lancar dan semua ini disebabkan olah masalah pada connection internet. selain itu, terdapat masalah berkenaan penggunaan microfon dan webcam juga. ada yang tidak berfungsi dengan baik. jadi presentation terpaksa di tangguhkan bagi rakan-rakan yang terlibat.

Tetapi semua masalah yang berlaku itu, tidak lah mematahkan semangat saya untuk terus menggunakan webinar dimdim ini. setiap kali pensyarah mengatakan ade kelas secara online, saya ternanti-nanti dan sentiasa berharap agar internet di rumah saya ketika kelas dijalankan akan lancar. Untuk mendapatkan pengalaman presentation secara online nanti (InsyaAllah pada 30/08/2010) telah mendapatkan sebuah webcam kerana laptop saya tidak mempunyai built in camera.Tidak sabar menantikan hari presentation itu nanti.Pengalaman yang saya dapat nanti akan saya kongsikan dengan anda semua.

Penggunaan teknologi sebenarnya amat membantu dalam pendidikan. Contoh seperti aplikasi Google Docs, Skype, Webinar Dimdim dan Blog ini juga berfungsi dalam menyampaikan maklumat secara langsung dan tidak langsung. Google Doc yang pensyarah perkenalkan kepada kami sememangnya berguna. Bukan untuk kelas ini saja, tapi untuk tugasan berkumpualan juga. Saya ade berkongsi beberapa dokumen dengan rakan saya menggunakan aplikasi ini.Skype salah satu aplikasi yang saya guna sekarang dengan ahli kumpulan saya.saya suka guna Skype. Jimat kredit Handphone saya. ForumMyguru(Forum UPSI), Twitter dan SMS antara yang kami guna untuk berkongsi maklumat dan bertukar pandangan.saya suka dengan kaedah pembelajaran yang baru ini.Selain dapat mempelajari teknologi yang baru, kami tidak terbatas dengan perbincangan didalam kelas sahaja. kami boleh berhubung 24jam. tidak mengira waktu. ini juga dapat mengeratkan perhubungan antara kami.

Ok, saya lari sedikit dari tajuk kita. Untuk pengetahuan semua, sebenarnya blog adalah perkara yang saya tidak gemari. saya tidak begitu gemar menulis dan penulisan saya menjadi tatapan umum. tetapi sekarang persepsi saya sudah berbeza. Bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta. Saya dapati blog adalah medium terbaik untuk berkomunikasi. Blog boleh dilakukan secara formal atau tidak formal. Apa yang penting adalah bagaimana bahan pengajaran yang disampaikan. Adakah pembaca memahami isi kandungan? Kepada semua tenaga pengajar, saya sarankan agar berusaha dalam memantapkan proses pengajaran anda. Semua aplikasi yang disediakan ini adalah percuma. Tinggal lagi, anda yang akan mempelajari cara penggunaan aplikasi ini dan menyebarkan kepada pelajar-pelajar anda.

Walaupun saya adalah dari bidang IT dan multimedia, saya tidak pernah didedahkan dengan pembelajaran secara atas talian . Ini adalah perubahan saya yang cukup berharga. Bagi saya kita perlu kepada perubahan. Perubahan dari segi cara pembelajaran.dan saya sedang berubah sekarang.

Pengalaman menggunakan DimDim


salam semua.camne hari ini? harap semuanya shat dan sejahtera hendaknya.
kali ini saya nak ceritakan pengalaman saya menggunakan Webinar DimDim. Saya menggunakan Webinar DimDim ini untuk berkomunikasi dengan pensyarah dan rakan-rakan sekelas saya.

Okey la, saya ceritakan serba sedikit apa itu Webinar DimDim ini. Webinar DimDim ini seperti conference atau seminar. tapi dibuat atas talian @ secara maya. Di DimDim ini, kita boleh mendengar suara dan melihat video pengajar dan pada masa yang sama kita boleh chat dengan rakan-rakan yang lain. Slide presentation juga akan dipaparkan.

Selain itu, pengajar yang menjadi moderator boleh memberi keizinan kepada peserta yang lain untuk bertindak sebagai moderator menjadikan webinar Dim Dim ini adalah sesuai untuk proses pengajaran dan pembelajaran. Gambar di bawah adalah contoh paparan DimDim yang saya lihat sewaktu menghadiri webminar tempoh hari.

Pertama kali menggunakan aplikasi ini membuatkan saya teruja. teruja dengan pengalaman baru, aplikasi yang baru dan belajar dengan kaedah yang jarang sekali saya lakukan.

Ya, tidak di nafikan untuk mengaplikasikan pengajaran menggunakan kaedah ini, memerlukan bandwidth yang agak tinggi dan pantas. saya juga mengalami masalah tersebut, dimana saya ketinggalan satu kelas kerana saya berada di tempat mempunyai bandwidth yang rendah. jadi saya tidak mendapat maklumat yang disampaikan oleh pensyarah saya dengan baik. video dan audio tersekat-sekat. tetapi sewaktu terjadi demikian, rakan-rakan yang lain banyak membantu dengan menaip dan menulis kembali apa yang telah pensyarah utarakan.

Bagi saya, menggunakan aplikasi ini amat menyeronokkan. selain kita dapat belajar dengan cara santai, kita dapat berkomunikasi dengan rakan dan pensyarah dengan lebih mesra. Jika dalam kelas, saya akui saya bukanlah pelajar yang aktif, dan kebanyakkan soalan saya lebih merujuk kepada rakan dan soalan-soalan rakan yang lain.Tetapi dengan menggunakan aplikasi ini, saya lebih terbuka dan tidak segan untuk memberikan pendapat.