E book oh Ebook

Apa itu ebook? Ebook adalah buku elektronik yang kita boleh baca secara digital pada PC, skirn laptop atau mana-mana device yang ade kemudahan ebook readers. Kebiasaannya, format untuk e book adalah pdf. Ini memudahkan semua platform computer untuk access dan baca pdf format.

Kenapa guna e book?

Kalau kita buka internet dan mencari buku, banyak pilihan ‘gudang’ buku di dalamnya. Ramai penulis maka banyak la bukunya. Tapi tak ramai publisher company yang nak pasarkan buku-buku penulis berbakat ini, bukan kerana karya mereka x elok, tapi kerana terlalu ramai yang menulis. Jadi salah satu medium untuk pasarkan, promosi dan jual buku sendiri adalah melalui internet. Ada juga yang menggunakan khidmat epublishing dimana kita akan dapat outstanding, spell binding, top class works. Mmg puas hati. Penggunaan ebook ini memberi gelombang baru dalam dunia pembacaan. Pembaca juga boleh dapatkan buku-buku yang tiada di kedai tapi ada dalam bentuk digital.

Adakah e book akan ganti printed books?

Ada yang kata,menulis guna pen dan kertas x sama dengan kita taip kat computer. Idea x datang kot. Mungkin suatu hari nanti ianya akan terjadi dimana penggunaan e book meluas sehingga pen dan kertas akan di anggap ketinggalan. Itu tidak mustahil. Anak-anak sekarang adalah generasi yang enjoy menggunakan computer sepenuhnya. Generasi teknologi. Mereka menulis surat, melakukan kajian, kerja sekolah atau melayari internet.

10 tahun dulu kita merasakan untuk dapat sebuah telefon bimbit agak mustahil kerana device tu mahal dan x mampu dimiliki oleh semua orang. Tapi sekarang, telefon bimbit bagaikan keperluan bagi setiap orang bukan lagi kehendak. Ini tidak mustahil dengan e book. Bagi generasi teknologi ini, kemungkinan pada masa hadapan, pelajar sekolah tidak perlu lagi memberi alasan malas membawa buku yang berat, tercicir buku, tertinggal di rumah jika ditanya mengenai buku mereka. Dengan hanya 1 unit ebook reader, mereka boleh access pelbagai maklumat.

Di Malaysia sendiri khususnya di Terengganu, kita sudah ada program yang di panggil E Book yang diberikan kepada kanak-kanak sekolah tahun 5 dan 6. Ini merupakan idea yang baik untuk melakukan perubahan. Tapi perubahan mestilah diselaraskan dengan kandungan e book yang terbaik.

Dan disini, kalau ada dari kalangan anda pernah mendengar, mengguna program Ebook di Terengganu, jangan segan- segan bagi komen disini.

Apa pendapat anda mengenai program ebook di Terengganu?

Penggunaan ICT dalam Pendidikan

Pendidikan yang bermakna adalah pendidikan yang membawa kepada perkembangan potensi individu secara menyeluruh yang boleh digunakan oleh individu menjalani kehidupan seharian. Walaupun FPN telah menegaskan tentang konsep perkembangan individu melalui konsep JERI (Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek), tetapi konteks pendidikan kita sekarang lebih menjurus kepada kebolehan intelek semata-mata.

Menurut Wan Rozali (2004), ICT dalam pendidikan bermakna penggunaan kemajuan teknologi moden sebagai alat pemangkin perkembangan dunia pendidikan melalui teknologi maklumat melalui ruang maya atau apa-apa media penyebaran dan penyampaian maklumat sama ada dalam bentuk audio, video dan data dan bertepatan sebagai aplikasi penggunaaan peralatan teknologi pendidikan uyntuk meningkatkan keberkesanan dan kecekapan pengajaran dan pembelajaran.

Dalam pelaksanaan ICT dalam proses pengajaran pembelajaran, penggunaan sistem teknologi pendidikan melibatkan lima komponen yang saling berkaitan
  • Material
  • Manpower
  • Method
  • Media
  • Machine

Kenapa penggunaan ICT masih kurang di sekolah? Mungkin disebabkan oleh
  • Kesukaran menggunakan harware dan software dan ini akan mengganggu proses pengajaran.
  • Penyediaan bahan pengajaran memakan masa yang lama.
  • Tiada kemahiran dalam mengendalikan teknologi.

Kelebihan menggunakan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran
  • Meningkatkan minat pelajar
  • Pelajar lebih gembira
  • Meningkatkan tahap pembelajaran pelajar.
  • Memberi peluang kepada pelajar untuk belajar sendiri.
  • Guru juga dapat meringankan beban kerja dan proses pengajaran menjadi lebih menarik.
  • Bahan boleh disimpan dan digunakan semula

Kekurangan
  • Masalah teknikal. Pendidik tidak pakar dalam mengendalikan masalah teknikal.
  • Sumber yang kurang
  • Peralatan yang mahal
  • Guru memerlukan lebih masa untuk menyediakan bahan pengajaran.

Technology use in education

Educators virtually everywhere have long looked to the emerging technologies of their time to improve the delivery of instruction in the classroom and to help them reach students in remote locations. in early days of technology use, the focus was on the delivery of direct instruction for example radio, interactive radio, instructional television. instructional technologies widely used for this purpose in low-income countries include the use of programmed instruction, the distribution of lesson on audiotape, the use of duplicating and photocopy machines to prepare learning aids, and television broadcasts of lessons at times that coincide with the school teaching schedule.

Newer technology-based instruction strategies,incorporating the Internet and the World Wide Web (WWW),are used more to expand communication and increase access to resources. Online resources are used within education system primarily in seven ways
1. direct instruction
2. Find and access resource materials
3. access curriculum and instruction guides
4. find and retrieve information.
5. connect two or more classrooms.
6. lesson broadcast to multiple classrooms
7. in-service teacher education.

Because of limitations of infrastructure and finances, some developing countries face four main problem in using this newer technologies.
1. Access is expensive.
2. Ensuring equity of access is difficult
3. Retraining teachers to use the new technology is complicated and costly.
4. Inappropriate content poses a problem.


Source from adapting technology for school improvement.Edited By,david W.Chapman, Lars O.Mahlck.

Pendidikan dan ICT

Assalamualaikum semua

Ini adalah entry saya yang pertama di dalam blog ini.Blog ini secara keseluruhannya akan berkisar mengenai teknologi ICT dalam pendidikan. selain itu, saya juga akan menyentuh mengenai teknologi-teknologi yang terkini dan juga pengalaman saya sewaktu didalam kelas.

Isu pendidikan akan ditekankan kerana ICT dalam pendidikan di negara kita belum berkembang pesat dan diharapkan dengan adanya blog ini dan blog rakan-rakan yang lain, suara dan pandangan kami akan diambil kira untuk menjayakan pendidikan tempatan terutama dalam mengaplikasikan penggunaan ICT.

Menurut Falsafah Pendidikan kebangsaan :
"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangankan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. "

Menurut Wikipedia :
"Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau ICT secara tepat dan mudah: penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat, dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu."

Usaha untuk menerapkan ICT dalam pendidikan di Malaysia sudah lama dilakukan. Selain untuk menambahkan ilmu pengetahuan, ICT dalam membantu pelajar, guru dan pentadbir dalam menjalankan tugas masing-masing dengan lebih mudah. Namun, sehingga kini masih kedengaran beberapa masalah yang masih belum dapat ditangani. Pelbagai isu cuba dibangkitkan dan akhirnya tiada penyelesaian yang dapat diselesaikan.



Blog ini akan cuba untuk memberikan saranan dan pandangan serta informasi berkaitan teknologi dan pendidikan.

Sekian dulu untuk entry yang pertama.
Terima kasih