Assalamualaikum semua
Ini adalah entry saya yang pertama di dalam blog ini.Blog ini secara keseluruhannya akan berkisar mengenai teknologi ICT dalam pendidikan. selain itu, saya juga akan menyentuh mengenai teknologi-teknologi yang terkini dan juga pengalaman saya sewaktu didalam kelas.
Isu pendidikan akan ditekankan kerana ICT dalam pendidikan di negara kita belum berkembang pesat dan diharapkan dengan adanya blog ini dan blog rakan-rakan yang lain, suara dan pandangan kami akan diambil kira untuk menjayakan pendidikan tempatan terutama dalam mengaplikasikan penggunaan ICT.
Menurut Falsafah Pendidikan kebangsaan :
"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangankan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. "
Menurut Wikipedia :
"Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau ICT secara tepat dan mudah: penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat, dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu."
Usaha untuk menerapkan ICT dalam pendidikan di Malaysia sudah lama dilakukan. Selain untuk menambahkan ilmu pengetahuan, ICT dalam membantu pelajar, guru dan pentadbir dalam menjalankan tugas masing-masing dengan lebih mudah. Namun, sehingga kini masih kedengaran beberapa masalah yang masih belum dapat ditangani. Pelbagai isu cuba dibangkitkan dan akhirnya tiada penyelesaian yang dapat diselesaikan.
Blog ini akan cuba untuk memberikan saranan dan pandangan serta informasi berkaitan teknologi dan pendidikan.
Sekian dulu untuk entry yang pertama.
Terima kasih
0 Response to "Pendidikan dan ICT"
Post a Comment