salam semua.camne hari ini? harap semuanya shat dan sejahtera hendaknya.
kali ini saya nak ceritakan pengalaman saya menggunakan Webinar DimDim. Saya menggunakan Webinar DimDim ini untuk berkomunikasi dengan pensyarah dan rakan-rakan sekelas saya.
Okey la, saya ceritakan serba sedikit apa itu Webinar DimDim ini. Webinar DimDim ini seperti conference atau seminar. tapi dibuat atas talian @ secara maya. Di DimDim ini, kita boleh mendengar suara dan melihat video pengajar dan pada masa yang sama kita boleh chat dengan rakan-rakan yang lain. Slide presentation juga akan dipaparkan.
Selain itu, pengajar yang menjadi moderator boleh memberi keizinan kepada peserta yang lain untuk bertindak sebagai moderator menjadikan webinar Dim Dim ini adalah sesuai untuk proses pengajaran dan pembelajaran. Gambar di bawah adalah contoh paparan DimDim yang saya lihat sewaktu menghadiri webminar tempoh hari.

Pertama kali menggunakan aplikasi ini membuatkan saya teruja. teruja dengan pengalaman baru, aplikasi yang baru dan belajar dengan kaedah yang jarang sekali saya lakukan.
Ya, tidak di nafikan untuk mengaplikasikan pengajaran menggunakan kaedah ini, memerlukan bandwidth yang agak tinggi dan pantas. saya juga mengalami masalah tersebut, dimana saya ketinggalan satu kelas kerana saya berada di tempat mempunyai bandwidth yang rendah. jadi saya tidak mendapat maklumat yang disampaikan oleh pensyarah saya dengan baik. video dan audio tersekat-sekat. tetapi sewaktu terjadi demikian, rakan-rakan yang lain banyak membantu dengan menaip dan menulis kembali apa yang telah pensyarah utarakan.
Bagi saya, menggunakan aplikasi ini amat menyeronokkan. selain kita dapat belajar dengan cara santai, kita dapat berkomunikasi dengan rakan dan pensyarah dengan lebih mesra. Jika dalam kelas, saya akui saya bukanlah pelajar yang aktif, dan kebanyakkan soalan saya lebih merujuk kepada rakan dan soalan-soalan rakan yang lain.Tetapi dengan menggunakan aplikasi ini, saya lebih terbuka dan tidak segan untuk memberikan pendapat.
0 Response to "Pengalaman menggunakan DimDim"
Post a Comment