Melayari kehidupan kedua anda.

Salam semua.

Apa khabar anda dan kehidupan maya anda? harap semuanya baik-baik sahaja.. semoga kehidupan maya anda juga baik-baik saja. Jangan berasa tertekan dengan alam siber ini. Semua ini untuk kemudahan kita bersama. bercakap mengenai alam siber, pernah anda dengar mengenai Second Life? pernah? xpernah? bagi yang pernah tentu anda sudah menggunakannya, ianya amat menarik bukan? Bagi yang belum pernah gunakan, saya sarankan cubalah dan rasai perbezaan dunia sebenar dan dunia kedua anda di alam siber ini.

Anda semua lihat dulu video ni berkaitan second life ini, then baru saya bagi input.





Kalau bercakap berdasarkan pengalaman, saya pernah menggunakan aplikasi IMVU. IMVU ini seperti juga second life tapi kurang dari segi feel. IMVU ini adalah rangkaian sosial dan dunia virtual berbentuk 3D di mana berjuta-juta orang bertemu, ber''chatting' dan bergembira dalam keadaan 3D yang beranimasi. Di sini kamu semua akan di wakili oleh avatar dan kamu semua boleh mempelbagaikan penampilan avatar kamu. Selain itu, kamu boleh mendekorasikan keadaan 3D kamu dengan membeli rumah atau sesebuah tempat dan perabot dan kamu boleh berinteraksi dengan orang lain dari seluruh dunia.


Tidak banyak beza dengan chatting aplikasi yang lain seperti YM dan Skype dimana kamu perlu menaip untuk berkomunikasi dan akan timbul "bubble talk" pada avatar kamu selepas kamu menaip dan menekan kekunci enter. Tetapi terdapat beberapa kelemahan pada IMVU. Pergerakan avatar kita terbatas dan kita hanya boleh menggerakkan avatar pada titik yang disediakan. Selain itu, bagi saya aplikasi IMVU tidak sesuai untuk peringkat umur kanak-kanak. Dalam term and conditions aplikasi ini ada menyebut mengenai umur iaitu pengguna 18tahun ke bawah perlu meminta kebenaran ibu bapa dan pengguna mesti lah 13 tahun ke atas. Saya menggunakan IMVU untuk berchatting dengan rakan-rakan maya saya yang mempunyai kumpulan minat yang sama iaitu Anime. Jadi group kami berbincang mengenai anime dan manga sahaja. Sekarang saya tidak lagi menggunakannya kerana aplikasi ini sentiasa crash kerana komputer saya tidak mampu meyokong aplikasi ini.





Ok, itu berkenaan pengalaman saya menggunakan aplikasi IMVU. Sekarang kita mempunyai second life, dimana sepanjang pengamatan saya melalui video di Youtube, saya dapati avatar yang digunakan lebih hidup dan memberi feel yang lebih untuk 'hidup' di kehidupan kedua. Apa yang saya maksudkan disini adalah, avatar itu boleh berjalan dan bercakap. Sepanjang saya menggunakan IMVU, walaupun ia adalah kehidupan virtual, tiada fungsi untuk membolehkan avatar saya berjalan. Avatar saya perlu berada di titik yang telah ditentukan dan hanya boleh melompat dari satu titik ke titik yang lain.

Second Life (SL) adalah dunia virtual yang dibangunkan oleh Linden Lab dan dilancarkan pada 23 june 2003 dan ia boleh diakses melalui internet. Ia adalah program pelanggan yang percuma yang dipanggil "the Viewer" yang membolehkan penggunanya "the resident" melayari, berjumpa dengan resident yang lain, bersosial, menyertai aktiviti individu dan kumpulan, atau melancong keseluruh dunia "the grid". Terdapat 2 jenis second life iaitu SL untuk pengguna berumur 18 tahun keatas dan SL untuk pengguna 13-17 tahun yang dipanggil "Teen Second Life".

Di second life ini juga ada ruangan untuk education. Klik disini untuk gambar dan disini untuk maklumat lanjut. Jadi, sudah pasti lah, ianya boleh digunakan oleh para guru dan pelajar untuk berkomunikasi sesama sendiri dan seterusnya menjadikan Second life ini sebagai platform untuk menyampaikan ilmu pengetahuan. Pengajaran bahasa digunakan lebih meluas melalui SL ini. Aplikasi ini mungkin baru bagi kita semua, tapi pada masa akan datang ia mungkin dijadikan platform untuk berkomunikasi sesama pelajar dan guru.

Marilah kita sama-sama menjadi resident di kehidupan kedua ini. Bak kata orang tua-tua "Belum cuba belum tahu". Mungkin anda akan engage dengan aplikasi ini nanti. Siapa tahu kan?

3 Response to "Melayari kehidupan kedua anda."

  1. Rahani Wahid says:
    October 8, 2010 at 4:34 AM

    saya belum lagi mencuba.satu input yang sangat menarik.suatu aplikasi yang telah pun berkembang tetapi masih ramai yang tidak mengetahui tentangnya..thanks for your sharing.

  2. Si Merahitam says:
    October 9, 2010 at 12:25 PM

    penah gak cuba
    menarik gak...

  3. Na says:
    October 10, 2010 at 7:49 PM

    try la.. best gak guna ni. tapi kadang2 pening gak.. pergerakan dia lebih cam kita exploring VR application la.Actually menda yang sama jer. but second life more interesting.

Post a Comment