Menarikkah P&P kita hari ini?


Salam semua,

Dah lama saya tak tulis entry kat sini..sorry la, agak sibuk sikit kebelakangan ini..
kehidupan belajar ini semakin membeban dan membosankan. ada sahaja tugasan nak di selesaikan dan it's not fun. eh, ape ni. merungut pulak. xbaik tau..

lantas, saya terfikir tiadakah cara untuk hilangkan rasa bosan belajar ni. kalau saya boleh berasa bosan dengan cara pembelajaran, pelajar-pelajar sekolah apatah lagi kan? mereka kan suka bermain. xde ke cara belajar sambil bermain. hehe..... so saya dengan rajinnya (cewah), meng'google' kan diri saya kat internet ini...

Sambil2 baca entry ini, awak semua boleh la buka website ini... Ideas to Inspire. kat website ni ade banyak tips yang kita boleh ambil sebagai landasan untuk kita jadikan pengajaran kita lebih menarik kat sekolah.

Tips yang dorang sediakan terbahagi kepada 4 bahagian..
1st - idea untuk kurikulum.
2nd - cara menggunakan perkakasan ICT dengan lebih menarik di dalam kelas
3rd - cara menggunakan perisian ICT dan alatan atas talian dengan lebih menarik di dalam kelas
4th - persembahan kolaboratif.

ok saya nak sentuh sket berkaitan perkakasan ICT.


contoh gambar kat atas ini. ini semua contoh-contoh hardware yang boleh kita gunakan dalam kelas.. paling saya rasa menarik adalah nintendo wii.

kat sini saya nak kongsi pengalaman saya sendiri bermain games didalam kelas. satu pengalaman yang begitu menyeronokkan. kami bukan bermain sahaja, tapi dari situ kami belajar berkaitan HCI (human computer interaction) dan teknologi terkini. memang kami sendiri tidak percaya, kami student master bermain games di dalam kelas. selain games, kami juga mempelajari teknologi lain seperti smart boards, anoto pen, lego mindstorm, iphone dan Mac book dan kelas tersebut adalah kelas paling seronok pernah saya sertai.



Kuliah kami pada hari kejadian


Ok, kembali kepada laman web yang disebutkan, bahagian perisian ICT pun banyak di senaraikan untuk digunakan sebagai kaedah menarik perhatian pelajar dalam pembelajaran.

Jika tidak dapat diaplikasikan semuanya, guna la beberapa aplikasi yang disenaraikan. Google contohnya menawarkan pelbagai aplikasi.. Gunakan sahaja dan ianya percuma. Cikgu-cikgu semua boleh aplikasikan ini di bilik darjah. banyak kemudahan untuk menarik minat pelajar ini, tinggal lagi kita yang mencorakkan cara pengajaran tersebut..

ok la cukup setakat ini dahulu.. moga-moga, tips yang berikan, dapat diaplikasikan mengikut kesesuaian keadaan dan masa.
Disini saya masukkan juga 1 video, yang saya rasakan berguna untuk kesedaran kita semua berkaitan ICT... Tajuk ICT is Fun in Learning


0 Response to "Menarikkah P&P kita hari ini?"

Post a Comment